harini rasa hormon gedik terlebih sikit. so, nak buat review perla coffee. perla coffee. kenapa aku suka? sebab aku suka kopi. tapi perla coffee ni rasa vanila. yeke? maksudnya lebih kurang cmtulah. xde kafein yg syiok dengar tu. so, ko minum 15 jag pun xpening. xtwlah orang lain rasa cmna. tp aku rasa cmtu lah. yelah. lidah aku xsama dgn orang lain. oke, cukup merepek.
menurut kandungan dalam kotak tu...dia kata perla coffee ni boleh putihkan kulit. bukan setakat putih, boleh jadikan kulit anda dan anda anda semua gebu gebas. lebih kurang cmtulah. dalam kopi ni ada kandungan glutathione lagi apa bnda ntah. tp so far okelah bahan2 dia. meyakinkan. haaa. lagi satu astaxanthin tuh. bahan pemutih jugaklah kot rasanya.
tapi yg tu xpenting, aku rasa kalau produk tu diluluskan kira okelah n selamat bahan dia. tp ni pandangan aku je. kalau xselamat kita stoplah minum. tp setakat ni dgn badan aku ok. aku xegt berapa lama, tapi masuk ni dah 3 kotak aku minum perla. satu kotak ada 20 sachet. kalau 3 kotak maknanya dah 60 sachet aku minum. satu hari aku minum satu sachet. tapi aku jenis xminum air masak sangat. aku byk minum air manis. padahal, bnda cmni kalo minum mesti mau minum air masak bebanyak. awal2 aku minum perla, konon disiplin lah. minum air pun habis banyak aku minum dalam sejag. tu jelah paling kuat aku leh minum air masak. kdg2 sebotol mineral 500 ml tu pun aku xhabis minum.
tp hasilnya mmg puas hati. masuk kotak kedua aku minum tu, aku perasan muka aku xnaik jerawat sgt. kalau naik sebijik, cepat kecut. tp dgn syarat tgn, jari, kuku xmerayap kat muka lah. parut tu lambat lah sikit. tp kurang tu adalah. muka pun nmpk comel sikit dari sebelum ni. sunburn pun boleh tahan jugaklah hilang dia. tapi still ada. mula2 aku xperasan pun ada berubah muka. yelah, hari2 tengok muka sendiri kan. balik hostel, roomate tegur muka dah elok sikit. aku gi depan cermin. aku ckp manede elok. biasa je. then dia kata serius muka dah elok sikit. jerawat dah xnmpk. lepas tu kembang kuncup lah aku depan ceghemin sorang2. pening jugak 20 saat nak hadam apa roomate ckp tu. oke, cukup merepek lagi.
nak tunjuk gambar, tapi malas. pegi jelah gugel muka testimoni yg org buat belambak lambak kat tenet tu. lps tu dah elok dgn perla ni, aku gatal gi try k-colly. konon nk muka putih cm org korea. terpengaruh berangan nak jadi fathia konon. phuii. sekali amek k-colly punya pasal habis muka naik balik jerawat. banyak pulak tu. tulah. gatai sgt. tamak habola nak cantik kan. derhaka tu. haaa, kan dah teruk balik muka.bukan nk ckp k-colly tu xelok, just xsesuai dgn bdn aku jelah kot. tp sekarang balik semula dgn perla. n muka comei balik. aku akan setia dgn kau perla sampai bebila pun. skrg, mak aku sekali harung dgn makcik2 aku terpengaruh nk minum perla jugak sbb tengok muka aku. tp xdelah gaya nora danish pun muka aku. cuma elok sikit je dr sebelum ni. tu je. aku xtwlah apa yg dorang terpengaruh sgt. haaha. tp bagus jugak. ada geng. kalo aku punya stok abeh boleh aku pau mak aku punya. eheee.
tu jelah nk cite, serius mmg best perla coffee ni. skrg, perla ada keluar perisa cekelat pulak. nmpk mcm sedap. tp aku prefer coffee lagi sbb aku peminat kopi. plus, yg kopi ni xberapa manis. sbb tu aku suka kot. manis bukan pilihan aku. tp air masak xpenah masuk dlm senarai minuman fevret aku. tp aku mula berjinak jinak dgn air mineral. apa beza? ntah. muahahah. air mineral sedap sikit kot. ntah, nilailah sendiri. nk cite karang, 15 page pun xcukup. okelah. tu je kot.
selamat petang n minum air masak bebanyak. :p
ohh, lagi satu minum air masak kena banyak. paling best 3 liter sehari. tu je point dia nk cantik. ngeeee! nah gambar satu. gambar perla jelah tapi. ehheeeee
366 hari setahun, 32hari sebulan, 8 hari seminggu, 25 jam sehari, 61 minit satu jam, 62 saat seminit ~
Sunday, 4 May 2014
Wednesday, 23 April 2014
angin, sampaikan salam rindu padanya
ohh angin, sampaikan laguku padanya yang sedih pilu...
kali ini, kisah hati lagi. kau, aku ada satu hati. tuhan kurnia. satu akal, satu jantung, satu ginjal sebagai organ dalam badan setiap manusia normal. hati relate dgn akal
susah bila bcakap soal hati. hati bukan semata tertakluk kepada soal cinta. keputusan yang dibuat juga bukan hanya memerlukan respon dari akal, hati turut memain peranan penting.
tidolah oii. esok kelas. nampak x xde kena mengena kat situ. idea berhenti sendiri. sebelum isya'.
Tuesday, 22 April 2014
korupsi
nak mendesak memang senang, menyalahkan orang lain memang mudah, complain lagilah. makanan hidup. xpernah nak puas hati. semua complain. aku minta maaf. kadang-kadang salah aku. tapi bukan semua. sakit hati yang teramat sangat boleh menyumbang kepada busuknya akal. hati yang terlalu didesak merupakan punca wujudnya kisah-kisah duka menyayat hati seperti dikelar suami sendiri, belasah tepi jalan, tikam sampai mati. itulah pengakhiran. inilah yang dikatakan busuknya akal. 'terdesak' menjadikan sesetengah mereka tidak waras, xmampu berasionalisasi lagi.
aku mengaku. aku sakit hati dengan manusia sampai satu tahap aku xmampu tahan lagi. dalam minda, hanya ada sebilah pisau dan kaca gelas. yang aku gunakan untuk merobek mulutmu, membersihkan hatimu. sampai tahap itu. cuba kau faham sekali aku bagaimana. cara hidup aku. karakter aku. kau jangan melampau. kalau aku gunakan bayangan minda aku dan realisasikan di dunia realiti, kau bakal nahas.
jangan kau fikir manusia waras tiada gilanya, sampai satu batas. dia mampu menjadi lebih hantu daripada hantu, lebih anjing daripada anjing. saat itu kau sedar, bidadari menjadi iblis. terima kasih semua. maaf sekali lagi. aku masih waras sekarang.

Monday, 21 April 2014
jia yun
nama selembut tuan punya badan. aku risau kalau kau terlalu fragile. jangan pernah mengalah perempuan. kau suci, kau mulia. tiada kerosakan atas diri dan hati.
jia yun si cantik manis. hati tu jangan pernah diberi. simpan. kunci dalam peti besi. jika tidak, akan ada manusia yang bakal merubah bentuk hati kau. sifat kau tercemar. berpijak di bumi nyata. kau pahlawan serba kuat. aku xtahu apa aku tulis. aku hanya meluah rasa. hanya yang layak sudi menerima.
kau umpama permata. jia yun. jia yun. jia yun. nama kau aku seru tiga kali. supaya kau ingat. tidak mengikut jembalang dari bawah tanah yang akan muncul tiba-tiba menarik kaki kau pergi bersamanya. aku tahu ini terlalu abstrak. cuba kau fahami betul-betul setiap bait aksara ini. aku tahu kau tak mampu.
sejuta dari sepuluh orang yang membaca tulisan ini pasti mengatakan aku gila. tulisan yang tidak punya hala tuju dan objektif. bahasa yang abstrak. hanya aku mampu memahami. siapa jia yun? apa yg cuba disampaikan disini? cantikkah jia yun? klise penulis kini menulis bahasa susah supaya orang kagum dan lebih mempunyai sifat estetika yang tinggi kononnya. bahasa begini hanya yang menghargai seni mampu faham kononnya.
berbalik kepada jia yun. aku harap kau faham jia yun. si gadis cina, jia yun.

:sambil dengar lagu mandy moore-cry.
#1
mereka semua umpama manusia-manusia besar dan matang yang tidak bersikap keanak-anakan sesuai dengan umur dan saiz badan mereka. cuma aku yang masih berasa seperti kanak-kanak diusia 21 tahun ini. bila aku tengok muka-muka mereka seusia aku di instageram dan di mana-mana laman sosial, aku rasa adakah mereka ini mempunyai pemikiran yang juga matang sematang raut wajah mereka? atau aku yang terlalu paranoid memiliki muka dan ketinggian saiz kanak-kanak lagi? terima kasih lagu, terima kasih cik instageram yang telah me'reveal'kan aku dengan dunia sebenar.
xmengapa,aku bersyukur. apa Tuhan bagi dah cukup. buat aku bersyukur sepatutnya. bukan merungut. sekurangnya dia masih memberi dan tidak mengambil apa yang telah diberikan.
:lagu kedua mandy moore lagi-walk me home
#2
lagu ni sedih sikit. bukan sedih sangat. cuma lebih berentak instrumental. aku cemburu. sungguh. cemburu melihat mereka yang lebih berkaliber. siapa xcemburu kan melihat kehidupan mereka yang xada susah, serba lengkap? apapun aku bersyukur lagi. dah banyak, terlalu banyak Tuhan memberi. masih lagi mahu merungut. sudah. jgn merungut lagi. ini merosak reputasi hati dan akal fikiran yang masih waras. cukup membandingkan diri sendiri dengan mereka. kehidupan kau sudah cukup jauh lebih baik dari si gelandangan tepian jalanan. bukan menghina, cuma merefleksi hati supaya tidak tamak dek harta dan kecantikan tawaran dunia.
#3:lullaby-hush little baby.
gudnite. even though its 12.57 pm menurut jam laptop. ^_^

she's the prom queen..top 5 in magazine!
walawehh. malam ni je dekat 3 entry aku tulis serentak. xpenah dibuat orang. tapi kesah apa aku? yang penting aku bahagia. aku xkacau orang pun kalau tulis sejuta entry sekalipun. ihiiii. kenapa tajuk entry macam tu? sebab lagu tu yang terngiang kat telinga dari tadi. so, akibat sebab musababnya jadilah terus tajuk entry. jam sekarang dah pukul 1.52 am. menurut jam laptop lah kan. jiran bilik sebelah ni boleh memekak pulak menjerit macam org kena histeria sebab tengok cerita hantu lah kot. takpun cite saw. sbb aku dengar dah macam bunyi gergaji segala bagai keluar. tapi aku rasa dorang ni patut consider sikit kot kat jiran2 bilik sebelah yang lain. sebab bukan dorang je yang ada kat blok ni. mungkin kalau kau buat macam ni time weekend orang xmarah sgt kot. xpun ko renovate bilik kau jadi soundproof punya bilik. baru lejen nak jerit2 bagai. even aku nak type entry ni pun usaha tekan aksara kat keyboard ni pelan2. takut ganggu cik rumet nak tidoq. tapi aku xdelah salahkan dorang menjerit. mungkin dorang xde kelas esok. tapi consider lah jiran kau. adoi.
#mereka ini aku nampak gaya ada potensi masuk shout awards. dah kuat menjerit sangat.
#jkblurpppmerepek #kbye #nite
oii. kau bajet twitter instageram nak hashtag bagai? #okebyeee. ^_^
#mereka ini aku nampak gaya ada potensi masuk shout awards. dah kuat menjerit sangat.
#jkblurpppmerepek #kbye #nite
oii. kau bajet twitter instageram nak hashtag bagai? #okebyeee. ^_^
when.i. dont. know...
lengai. xnak ambek tahu. xnk involve. masalah kau masalah kau, masalah aku masalah aku. hahha. yang ni aku describe diri aku sendiri. masih baru dalam dunia mem'belog' ni. masih noob. masih tidak tahu apa. bukan xnak ambil tahu, cuma perasaan malas masih beraja dalam jiwa. acewahh. ayat kau. jgn tanya kenapa aku tidak ramai follower. bahkan sorang pun xde untuk blog ni. twitter aku. yg difollow lebih ramai dari yg memfollow. bukan niat aku buat semua bnda utk kepuasan org lain. aku menulis atas apa yg aku rasa. dan aku lebih selesa jika tidak ramai yg mengikut aku. bukan aku hidup untuk diikut. sebab aku tidak sempurna. aku selesa meluahkan perasaan atau menunjukkan karakter sebenar aku dalam belog ini. biar tiada follower, biar tiada siapa yg membaca. di facebook terlalu umum untuk meluahkan perasaan, nanti ada yang terasa. di twitter terlalu terhad aksaranya. di instagram hanya gambar yg berbicara.
Tuhan ada mendengar kata hati. cuma lebih puas jika diserakkan luahan hati di diari online ini. lagi sekali, jangan tanya kenapa aku tiada follower di blog ini. di twitter dan juga instageram. idea kau xperlu diikut oleh semua. xsemua perlu dengar kata hati kau. untuk diikut xperlu dipaksa, begitu juga yang mengikut. tiada paksaa. agak2 kau orang boleh faham apa yang aku tulis? dalam belog aku bercampur campur cara penulisan aku. ikut mood. setengah entry aku rasa ingin menggedik bajet blogger terkenal. setengah entry aku marah. teteapi, aku lebih terarah kepada meluahkan perasaan aku sendiri.
ketidakpuasan hati aku tiada siapa yang tahu, cuma aku puas dengan cara begini. idea keluar tanpa dipaksa, tanpa dikarang. biar orang kata klise untuk aku menulis begini, tapi itu minat aku. siapa orang lain untuk menghalang aku dari berhenti menulis? lebih tepat, menaip.
jadi, sampai sini idea aku. esok, jika ada, aku menulis lagi. atau dalam beberapa saat lagi. maaf jika ada diantara mereka yang melintasi bait-bait aksara dalam blog ini yang mencari-cari dimanakah destinasi percutian menyeronokkan dan bertaraf mewah, maaf ini bukan tempatnya. carilah di blog mereka yang terkenal. aku hanya penulis biasa meluah perasaan. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)