Sunday, 10 January 2016

hujan. sekian, entry pendek

baru nak sidai baju, 
tetiba hujan.
sakit kepala
maybe sbb byk sgt minum air manis
rasa nk muntah
angin naik sampai kepala
stress

tapi hujan ni best
bau dia, bunyi dia
suka sgt kat hujan
tapi ni hujan panas

risau kalau kena
nnti demam
esok nk kelas dah
kelas pulak seminggu sebut psl AR pasal praktikum
arghh
stress
xpelah, hujanlah banyak2
biar sejuk bumi

done. ambenda ntah aku merepek

Saturday, 9 January 2016

essence stay all day foundation review!

Assalamualaikum n hi semua org.

harini nak buat review pasal satu foundation ni. dia brand essence. essence stay all day foundation. 

MACAM MANA BOLEH JUMPA THIS PRODUCT?

jujur ckp sbelum ni xberapa familiar sgt dgn brand essence ni. alkisahnya haritu pegi watson, niat mmg nak cari foundation sbb foundation yg i pakai before this dah nak habis. so, i pun menapak lah pegi tesco dekat rumah tu, sbb kat situ ada watson. mula2 pegi tgk maybelline punya foundation. plan nk grab maybelline punya foundation stick tu je. tp masa tu bajet i xberapa nk cukup lagi. yelah, i pun student lg kan. so, mmg cari yg bajet2 je punya foundation. lps tgk harga stick foundation kat maybelline rasa mcm lari bajet pulak. mmg tgh sengkek jugaklah masa ni. then tgk silkygirl punya range, ermmm macam xberapa interested. so, pegi sebelah tu tgk sendayu tinggi punya product. unfortunately, doll foundation dia habis kot. tinggal tester je :'( nangis  minit duduk depan tu. ahahah. next, i pegi dekat essesnce punya rack. hmm, mata laju je melilau kat tmpat foundation dia. mula2 rasa xconfident, sbb i mmg jarang dgar or baca review pasal brand essence ni. suddenly ada dia punya product range kat situ. so, i told my mind, why don't i just give a try to this product kan. ada dlm dua jenis. one is their essence stay all day 16h foundation, and the other one is their bb cream. the first thing i tengok harga dulu. the foundation price was rm24++ while bb cream tu dalam rm 12++ mcm tulah.

essence stay all day foundation code 10 soft beige

 haa. so nilah rupa essence stay all day foundation tu. ni i beli dlm harga rm24++. i xingat berapa sen ntah. 90 sen kot. hahhaa. okay, now let's proceed kat foundation ni.

SPECIALITY FOUNDATION NI
  • texture yg sgt smooth
  • gives almost full coverage
  • satu pump boleh cover satu muka dgn sgt cantik
  • boleh tutup parut jerawat dengan jayanya
  • xbagi muka nampak cakey
  • muka nmpk sgt natural
  • affordable price
  • tahan agak lama. nnti i describe more
  • cute bottle
  • not oily
  • 30 ml
okay, masa nak beli foundation ni haritu, i tgk tester dia dulu. i pilih code 10 soft beige sbb 
colour ni suits my skin very well. usually, i ni jenis org yg xreti nk pilih foundation. my roomate once said that kalau nk pilih foundation, kena pilih yg satu colour lebih cerah dari kulit kita sbb biasanya foundation lps kita pakai dia akan oxidise dekat kulit n akan nmpk kulit lebih gelap sikit. yelah, sbb dia blend dgn kulit kita kan. correct me if i'm wrong okay. hehee.

ni texture foundation tu. creamy n cpt meresap
so far, i pakai foundation ni, my face looks fresh after few hours. it claims that the makeup will stay last till 16 hours. tapi utk kita yg duduk kat Malaysia where the wheather is hot, actually ia agak xtahan lama lah. but, it does a great job. lagipun muka i mmg jenis oily. so, this foundation tahan paling kuat pun around 6-7 hours on my face. but great. sbb even after few hours walaupun kita tgh panas, dia xpecah. maksudnya foundation tu x merekah atas muka u. not like my previous foundation yg i pernah pakai. however, results may vary on each person okay? so i would rate this foundation 4 stars. despite its great coverage on my face, it is also cheap n affordable lah utk i yg taraf student ni kan. nak beli nars or estee lauder punya foudation mahai bak hang. hahaa. so, ni je yg i mampu n i tersangat puas hati. surely, will repeat on this product.


ni after i apply the foundation on my face. muka i tu ada kesan parut jerawat. so, the foundation manage to cover it! yayy! *sorry, pores i jelas kelihatan di situ. ehehehe ;)
 so, why wait? go n grab this foundation ASAP! tapi, i rasa xsemua watsons ada this brand range. only selected watsons je kot. luckily dekat rumah i watsons tu range product ni. hope this entry is beneficial to all of you ya. any enquiries, boleh leave comment okay~ byeee

Wednesday, 30 December 2015

i'm on social networks!

hey fellas. do follow me on myyyyyy:

and!!! if u would like to bargain some new n preloved items, korang boleh follow i kat carousell

thankyouuuu! yayy. :)

Tuesday, 29 December 2015

dua individu

agak2 kalau ada dua orang lelaki dalam hidup korang, mana satu yang korang pilih? mereka datang dalam satu masa, cuma mereka adalah dua iindividu yang berbeza. amat tidak wajar sekiranya kamu bersikap tidak setia pada yang satu. cuma, aku keliru. aku harap tuhan bantuu aku membuat keputusan. atau aku selayaknya tidak dipilih oleh kedua lelaki tersebut kerana sikapku? entahlah hati, entahlah jiwa. keliru rasanya membuat pilihan.

bak kata pepatah, diluah mati emak, ditelan mati bapak. eh, betul ke? ke terbalik ntah? ehm, pape jelah. aku nak menulis, tapi malas nak menulis. assignment lecturer tinggalkan ada. agak banyak untuk disiapkan. tapi ntahlah, tiada jiwa nak siapkan.

ingat nak revie satu product harini. tp skrg duduk depan komputer office. jadi, aku malas nk bluetooth personal picture masuk dlm komputer ni. kalau dlm laptop aku sendiri xpelah jugak.

dahlah cukuplah. malas nak tyoe dah. idea xde

tanpa seposen tak cukup sejuta ^_^: masalah ketiak berpeluh? nah, apply perspirex!

tanpa seposen tak cukup sejuta ^_^: masalah ketiak berpeluh? nah, apply perspirex!: hey assalamualaikum semua. harini i just nak share pasal satu deodoran yang sangat efektif dan berkesan. kat sini i nak tanya, sia...

masalah ketiak berpeluh? nah, apply perspirex!



hey assalamualaikum semua.

harini i just nak share pasal satu deodoran yang sangat efektif dan berkesan.

kat sini i nak tanya, siapa ada ketiak berpeluh yang macam dahsyat gila. kalau diikutkan sampai mencurah curah ke ladang gandum? senang cakap, dia punya berpeluh ketiak tu sampai rasa nak amek barang kat rak yang tinggi pun taknak sbb  malu nak angkat ketiak. 

Dulu, kalau nak beli baju pun i akan make sure i pilih baju yang kaler dia suram n xterang. most of my clothing banyak warna hitam, brown n dark blue. i akan pilih kaler yg selamat je. sbb taw dah, longgar mcm mana pun baju tu, tapi kalau warna terang, confirm terserlah i punya ketibas(ketiak basah). malu gila! nak2 kalau tgh dating dgn encik bae. lagilah segan sgt nk agkat tangan. gila xsegan. nanti lari bae kau kalau ko tayang ketiak basah dekat dia.

haa, siapa yang ada masalah tu, kita geng! dulu, cewahh dulu. yelah, dulu lah. sbb sekarang masalah i dah dapat diatasi. 

okay, now cuba tengok n perhati betul2 gambar kat bawah ni. kenal dak benda apa tu? haa, yg ni nama dia perspirex. dia adalah sejenis deodoran yang mampu menghilangkan masalah ketiak berpeluh yang  melampau. bukan setakat berpeluh je, malah bau badan pun automatik hilang kalau apply benda ni.

perspirex ni hanya dipakai pada waktu malam sahaja sebelum tidur ye korang. nak pakai pun sehari sekali je. xmo banyak2 kali. nanti bukan peluh je hilang, dengan ketiak2 korang sekali hilang.

PENGALAMAN PAKAI PERSPIREX

to be honest, masa first i apply perspirex ni, i rasa mcm ada pedih2 sikit kat bawah lengan tu. xtwlah sbb apa kan. maybe sbb dia nk tutup pores kat ketiak uolls tu lah kot. or maybe because it is a new product yg i try. yelah, sebelum ni pakai normal deodoran je kan. yg nivea tu. plus, instructions dia pun ada ckp utk kita apply just a thin layer je kat underarms. maksudnya sapu nipis2 jelah. jgnlah sampai habis sebotol tu kau tonyoh bawah ketiak kau nyah. terkoyak ketiak kau nnti. okaylah. nk senang i buat point form cara nak pakai deodoran ni. 

p/s: perspirex ni jgn apply hari2 taw. selang 3-4 hari camtu.

  1. sebelum apply, bersihkan dulu kwsn underarms korang tu. 
  2. then, keringkan sekitar area underarms korang tu
  3. dah kering, lps tu goncang2 botol deodorant tu
  4. then, sapu kt bhgian bawah lengan korang tu nipis2 je. dlm sekali roll je.
  5. then, keringkan bhagian bawah lengan tu.
  6. then, tido. done!
esok pagi tu, korang mandi macam biasa, then apply korang punya normal deodorant yg korang selalu pakai. kalau xnk apply pun xpe. kot lah nak try tengok keberkesanan perspirex ni mencegah bau badan dan peluh korang kan. hehe. tapi jgn apply perspirex ni waktu siang taw. sbb perspirex ni dia buat keje dia  waktu malam, waktu korang tido tu. yelah lagipun sebab waktu malam ni kan badan kita less acitve. so, senang sikit dia nak rawat masalah korang tu. macam doktor lah, before dia operate patient dia mesti dia bagi ubat bius dulu kan. xkn nk operate tgh2 sedar tu. xpercaya, korang baca instruction kat kertas yg dia provide dalam kotak perspirex tu.

KAT MANA NAK DAPATKAN PERSPIREX NI?

okay, perspirex ni biasanya korang boleh dapatkan kat drugstore. hah? kedai dadah? xlah. drugstore ni i nk terang pun xtw cmna. i salu tgk video youtube omputih dok sebut drugstore2 bagai. alaa, drugstore ni mcm watson, guardian yg korang salu pegi beli brg kecantikan diri tulah. tapi haritu i cari kat watson xde. dia biasa ada kat guardian. tapi dia xbyk stock. limited. kdg2 i pegi tgk adalah dlm tiga kotak je. xmcm nivea, rexona semua tu. berbotol2 dia susun atas rak. 

HARGA?

harga dia satu botol 25ml tu around rm59++ cmtu. ntah i pun xberapa ingat. mmglah agak mahal sikit. tapi worth it. sbb bukan korang pakai hari2 pun benda ni. selang 3-4 hari baru apply. i kdg2 apply bila esok tu rasa nk pakai baju yg kaler terang sikit, then mlm tu i tonyoh lah benda ni kat ketiak i. hahaha. botol kecik, harga mahal tapi tahan 3-4 bulan jugaklah. so, jgn risau duit korang jahanam ke apa. korang xpyh beli setiap sebulan. nak ketiak elok ke x? fikirlah sendiri ye. yelah, kita org perempuan ni jgnlah berkira sgt nak keluar duit untuk penjagaan diri. kalau lipstick yg xperlu tu korang boleh beli ratus2, xkn ubat ketiak ni yg nak bagi baju korang tu xlencun ni korang xboleh beli kan? hehemm.


so, i rasa sampai sini jelah i menulis kot. eh, type. sebab dah lenguh dah jari i bertasbih kat atas keyboard ni. sat lg tumbuh kematu pulak kat jari i yg comels ni. lol. perasan gila. okaylah. hope the information yg i bagi ni beneficial utk korang semua ye. maaf jika ada terkasar bahasa atau kesalahan info or typo sepanjang penulisan entry ni ye. :)

Wednesday, 18 June 2014

kisah cinta chaq part 1

Aku xtaw nak describe macam mana. Perasaan aku sekarang. Berbunga bunga. Macam orang first time jatuh cinta. Ahaaaa. Gila lah kau. Ayat jiwang siot! Tapi siyes aku xtipu nok. Aku mmg rasa angau gila dah ni. Mmglah penah je sebelum ni ada org ckp cmtu kat aku. Tapi xtw apsal bila ‘dia’ ni ckp, aku rasa mcm kena karen letrik tuh. Muka aku otomatik panas gila! Oh em jii. Chaq, ko dah kenapa haahhhh? Ada jugak kekadang aku rasa mcm biar betik apa yg aku rasa skrg. Ko ckp cmtu kat aku? Woii. Ini serius gila! Kau ckp cmtu cukup buat aku kenyang lima belas hari. Aku xtw kenapa. Sejak akhir-akhir ni aku suka pulak dgn nombor lima belas tuh. 3 suku kata perkataan yg buat aku terapung macam dok kata awan. Awan kesembilan. Bahasa penjajah dia cloud 9. Sejam mulut aku kejang x berenti senyum. Sbb aku rasa bnda ni terlalu extreme utk aku hadam secara tiba-tiba.

Truuuut. Apa tu? Bunyi msg masuk lahh. Ntahpehape je aku ni. Sapa pulak hantar msg tengah aku berangan ala-ala kajol main tarik-tarik selendang dengan shah rukh khan ni? Mr. P. oh em jiii. Tetiba aku rasa macam ada semut kat kaki.

Chaq, aku tgk ko dah mcm pompuan sawan dah hah. Udah ape kenenya kamu ni chaq oii? Kot ye pun angau, mcmlah ni first time kamu tu bercinta. Agaknya sebelum ni xberapa kick kot angau dia. Ni sampai tahap dewa dah angau  aku ni rasanya. Belum sampai part mulut nk buih2 je.

Lima belas minit aku amek masa nk reply msg Mr.P. tengok, lima belas lagi. Sampai setakat ni, aku xtw lah org paham ke x apa yg aku tulis ni. Aku pun reply lah apa yg aku rasa patut, logik dan realistik. Dengan harapan tu adalah jawapan yg terbaik pernah aku karang utk dia. Mr.P accept jwpn aku. Aku berdiri penuh bangga. Tapi, terhantuk. Sbb dlm kereta. Baru aku sedar bumbung kereta tu xberapa nak tinggi. Aku suruh adik aku cubit gigi aku. Nak taw aku ni dalam keadaan sedar atau dibawah sedar. Ngilu jugak rasanya. Nampaknya ini realiti. Betul punya.

Keadaan aku dgn Mr.P masih sweet dan manis sehingga ke hari ini. Tak tahu esok lusa ada ujian pula. Tebu pun boleh jadi pahit bila busuk. Aku malas nk berfalsafah. Lagi-lagi pasal cinta. Sebab aku baru. Baru kenal cinta matang yang ada toleransi, positiviti, dan kerjasama. Pahamlah sendiri apa maksud aku. Xphm sudah. Tak banyak yang boleh aku cerita pasal ke’sweet’ tan aku dgn Mr.P. takut ke’sweet’ tan menjadi ke’swetanan’ pula akhirnya. Takut riak. Jgn bangga sgt. Org dah kawen pun boleh cerai. Aku xckp semua.

Aku dengar org cakaplah, orglah cakap. Kok beruk bercakap karang kau terjun bungee terus jawabnya. Orang tu kata awal-awal mmglah soo suwitt bagai. Kentut pun bau enchanteur. Haa, yg ni aku xsokong. Eh, apa enchanteur pulak, bagi aku kentut bau kentut lah. Tetap bau tahi. Lagi-lagi kentut kepam. Baunya, mau meninggal Pak David hujung kampung nun. Meniiiipu je keje. Cukup pasal kentut. Adatlah benda awal-awal mmg lah syok. Kau beli spenda baru (bahasa melayu dia seluar dalam) pun lima hari kau xmau tukar kalo boleh. Lepas sebulan, lagi-lagi kalau kau kentut bunyi cirit dalam spenda tu, tak ke rabak spenda tu? Maaf kalau bahasa aku kasar. Tapi, tu contoh hakiki aku bagi.

Yang penting, cara kau jaga hubungan kapal korang elok2. Hubungan kapal? Bahasa ibunda dia ‘relationship’. Gila, aku dah macam pakar cinta. Ni bukan bidang aku, sbb aku newbie. Haktuihhh. Newbie tengkorak hang lah chaq!

Papepun, aku doa kat diri aku sendiri semoga aku sukses hubungan aku ini kali. Aku doa kat tuhan, mintak jodoh aku dgn Mr.P sampai syurga. Walawehh! Apa? Oke, Aminn!!
Adios madios badios!


#mood: terlebih hahahahapppppy~ ni kononnya love <3