Wednesday, 18 June 2014

kisah cinta chaq part 1

Aku xtaw nak describe macam mana. Perasaan aku sekarang. Berbunga bunga. Macam orang first time jatuh cinta. Ahaaaa. Gila lah kau. Ayat jiwang siot! Tapi siyes aku xtipu nok. Aku mmg rasa angau gila dah ni. Mmglah penah je sebelum ni ada org ckp cmtu kat aku. Tapi xtw apsal bila ‘dia’ ni ckp, aku rasa mcm kena karen letrik tuh. Muka aku otomatik panas gila! Oh em jii. Chaq, ko dah kenapa haahhhh? Ada jugak kekadang aku rasa mcm biar betik apa yg aku rasa skrg. Ko ckp cmtu kat aku? Woii. Ini serius gila! Kau ckp cmtu cukup buat aku kenyang lima belas hari. Aku xtw kenapa. Sejak akhir-akhir ni aku suka pulak dgn nombor lima belas tuh. 3 suku kata perkataan yg buat aku terapung macam dok kata awan. Awan kesembilan. Bahasa penjajah dia cloud 9. Sejam mulut aku kejang x berenti senyum. Sbb aku rasa bnda ni terlalu extreme utk aku hadam secara tiba-tiba.

Truuuut. Apa tu? Bunyi msg masuk lahh. Ntahpehape je aku ni. Sapa pulak hantar msg tengah aku berangan ala-ala kajol main tarik-tarik selendang dengan shah rukh khan ni? Mr. P. oh em jiii. Tetiba aku rasa macam ada semut kat kaki.

Chaq, aku tgk ko dah mcm pompuan sawan dah hah. Udah ape kenenya kamu ni chaq oii? Kot ye pun angau, mcmlah ni first time kamu tu bercinta. Agaknya sebelum ni xberapa kick kot angau dia. Ni sampai tahap dewa dah angau  aku ni rasanya. Belum sampai part mulut nk buih2 je.

Lima belas minit aku amek masa nk reply msg Mr.P. tengok, lima belas lagi. Sampai setakat ni, aku xtw lah org paham ke x apa yg aku tulis ni. Aku pun reply lah apa yg aku rasa patut, logik dan realistik. Dengan harapan tu adalah jawapan yg terbaik pernah aku karang utk dia. Mr.P accept jwpn aku. Aku berdiri penuh bangga. Tapi, terhantuk. Sbb dlm kereta. Baru aku sedar bumbung kereta tu xberapa nak tinggi. Aku suruh adik aku cubit gigi aku. Nak taw aku ni dalam keadaan sedar atau dibawah sedar. Ngilu jugak rasanya. Nampaknya ini realiti. Betul punya.

Keadaan aku dgn Mr.P masih sweet dan manis sehingga ke hari ini. Tak tahu esok lusa ada ujian pula. Tebu pun boleh jadi pahit bila busuk. Aku malas nk berfalsafah. Lagi-lagi pasal cinta. Sebab aku baru. Baru kenal cinta matang yang ada toleransi, positiviti, dan kerjasama. Pahamlah sendiri apa maksud aku. Xphm sudah. Tak banyak yang boleh aku cerita pasal ke’sweet’ tan aku dgn Mr.P. takut ke’sweet’ tan menjadi ke’swetanan’ pula akhirnya. Takut riak. Jgn bangga sgt. Org dah kawen pun boleh cerai. Aku xckp semua.

Aku dengar org cakaplah, orglah cakap. Kok beruk bercakap karang kau terjun bungee terus jawabnya. Orang tu kata awal-awal mmglah soo suwitt bagai. Kentut pun bau enchanteur. Haa, yg ni aku xsokong. Eh, apa enchanteur pulak, bagi aku kentut bau kentut lah. Tetap bau tahi. Lagi-lagi kentut kepam. Baunya, mau meninggal Pak David hujung kampung nun. Meniiiipu je keje. Cukup pasal kentut. Adatlah benda awal-awal mmg lah syok. Kau beli spenda baru (bahasa melayu dia seluar dalam) pun lima hari kau xmau tukar kalo boleh. Lepas sebulan, lagi-lagi kalau kau kentut bunyi cirit dalam spenda tu, tak ke rabak spenda tu? Maaf kalau bahasa aku kasar. Tapi, tu contoh hakiki aku bagi.

Yang penting, cara kau jaga hubungan kapal korang elok2. Hubungan kapal? Bahasa ibunda dia ‘relationship’. Gila, aku dah macam pakar cinta. Ni bukan bidang aku, sbb aku newbie. Haktuihhh. Newbie tengkorak hang lah chaq!

Papepun, aku doa kat diri aku sendiri semoga aku sukses hubungan aku ini kali. Aku doa kat tuhan, mintak jodoh aku dgn Mr.P sampai syurga. Walawehh! Apa? Oke, Aminn!!
Adios madios badios!


#mood: terlebih hahahahapppppy~ ni kononnya love <3

No comments:

Post a Comment