walhal dalam kepanasan ini, masih ada manusia yang menebang pokok di hutan. membakar di sana sini. habis habitat haiwan dimusnahkan. nahh. sekarang kau rasakan akibat perbuatan kau wahai manusia. aku tidak terkecuali. aku juga manusia. yang tamak. yang bongkak. tiada kesedaran.
dahulu, selimut menjadi perkara wajib sebelum masuk tidur di malam hari. sekarang, bukan setakat selimut, malah seluar dan baju juga dicampak ketepi. tidak tahan dengan haba panas yang melanda bumi. bumi masih belum sejuk. bumi masih marah dengan tindakan manusia. lalu dia membenarkan matahari membalas dendam kepada perosak. tidak lagi menghalang cahaya dengan awan.
rasalah wahai umat manusia. ini baru panas melanda dunia. di mana matahari berada berjuta-juta kilometer dari kepala. sedangkan di Mahsyar, disaat ketika semua manusia dibangkitkan. matahari terik berada hanya sejengkal dari kepala. apa kau masih mahu mencari punat penghawa dingin ketika itu? sudah terlambat sayang. carilah payung berlindung di Mahsyar nanti dengan melakukan amal kebajikan di dunia ini. taatlah kepada Dia yang satu. dengarlah suruhanNya, taatlah perintahNya. nescaya Dia melindungimu.
No comments:
Post a Comment