Sunday, 28 July 2013

sabarlah hati, tenanglah jiwa :'(

Tuhan, kenapa masih Kau kuatkan ingatanku terhadapnya
jika dia bukanlah jodohku?
Tuhan, jika dia bukan orangnya, Kau jauhkanlah aku dari mengingatinya
tutuplah pintu hatiku untuknya
Tuhan, jika aku masih mengingatinya walau setelah aku berusaha sedaya upaya ku untuk melupakannya,
apakah itu petanda bahawa masih ada harapan untuk aku berharap dijadikan sebagai pasangannya?
Tuhan, didiklah dan bimbinglah hati ini agar sentiasa berada di jalanMu
jangan Kau biar aku tersasar hanya kerana cintaku kepadanya melebihi cintaku kepadaMu.
TIDAK!
cintaku hanya untukMu Tuhanku. ya Rabb. Tuhan yang Maha Agung.
Tuhan, jangan Kau biarkan airmata ini jatuh lagi
jangan Kau biarkan minda dan hati ini menyebut namanya lagi
jika dia bukan jodohku..
ya Tuhanku, berilah petunjuk jika dia jodohku.
berikanlah juga petunjuk jika dia bukan jodohku.
hilangkanlah kesedihan serta hiba yang melanda hati ini sejak sekian lama
jangalah Kau biarkan aku tenggelam dan lemas di dalam kenangan lama yang telah aku bina ketika dengannya.
jika ini kafarah atas segala dosa dan kesilapan yang aku lakukan dahulu,
aku hanya mampu redha. 
tetapi sesungguhnya aku tidak kuat Tuhan. 
bantulah aku Tuhan. jangan Kau biar aku terumbang ambing tanpa pertolonganMu
Kau bangkitkanlah semangat dalam diri ini untuk meneruskan hidup tanpa dia.
tanpa dihantui kenangan silam bersama dia.
jangan Kau bebankan aku dengan bebanan yang tidak mampu aku tanggung Tuhan.
sesungguhnya hanya kepada Kau lah tempat aku mengadu..

No comments:

Post a Comment