Wednesday, 23 April 2014

angin, sampaikan salam rindu padanya

ohh angin, sampaikan laguku padanya yang sedih pilu...

kali ini, kisah hati lagi. kau, aku ada satu hati. tuhan kurnia. satu akal, satu jantung, satu ginjal sebagai organ dalam badan setiap manusia normal. hati relate dgn akal

susah bila bcakap soal hati. hati bukan semata tertakluk kepada soal cinta. keputusan yang dibuat juga bukan hanya memerlukan respon dari akal, hati turut memain peranan penting.

tidolah oii. esok kelas. nampak x xde kena mengena kat situ. idea berhenti sendiri. sebelum isya'.

Tuesday, 22 April 2014

korupsi

nak mendesak memang senang, menyalahkan orang lain memang mudah, complain lagilah. makanan hidup. xpernah nak puas hati. semua complain. aku minta maaf. kadang-kadang salah aku. tapi bukan semua. sakit hati yang teramat sangat boleh menyumbang kepada busuknya akal. hati yang terlalu didesak merupakan punca wujudnya kisah-kisah duka menyayat hati seperti dikelar suami sendiri, belasah tepi jalan, tikam sampai mati. itulah pengakhiran. inilah yang dikatakan busuknya akal. 'terdesak' menjadikan sesetengah mereka tidak waras, xmampu berasionalisasi lagi.

aku mengaku. aku sakit hati dengan manusia sampai satu tahap aku xmampu tahan lagi. dalam minda, hanya ada sebilah pisau dan kaca gelas. yang aku gunakan untuk merobek mulutmu, membersihkan hatimu. sampai tahap itu. cuba kau faham sekali aku bagaimana. cara hidup aku. karakter aku. kau jangan melampau. kalau aku gunakan bayangan minda aku dan realisasikan di dunia realiti, kau bakal nahas. 

jangan kau fikir manusia waras tiada gilanya, sampai satu batas. dia mampu menjadi lebih hantu daripada hantu, lebih anjing daripada anjing. saat itu kau sedar, bidadari menjadi iblis. terima kasih semua. maaf sekali lagi. aku masih waras sekarang.

Monday, 21 April 2014

jia yun

nama selembut tuan punya badan. aku risau kalau kau terlalu fragile. jangan pernah mengalah perempuan. kau suci, kau mulia. tiada kerosakan atas diri dan hati. 

jia yun si cantik manis. hati tu jangan pernah diberi. simpan. kunci dalam peti besi. jika tidak, akan ada manusia yang bakal merubah bentuk hati kau. sifat kau tercemar. berpijak di bumi nyata. kau pahlawan serba kuat. aku xtahu apa aku tulis. aku hanya meluah rasa.  hanya yang layak sudi menerima.

kau umpama permata. jia yun. jia yun. jia yun. nama kau aku seru tiga kali. supaya kau ingat. tidak mengikut jembalang dari bawah tanah yang akan muncul tiba-tiba menarik kaki kau pergi bersamanya. aku tahu ini terlalu abstrak. cuba kau fahami betul-betul setiap bait aksara ini. aku tahu kau tak mampu.

sejuta dari sepuluh orang yang  membaca tulisan ini pasti mengatakan aku gila. tulisan yang tidak punya hala tuju dan objektif. bahasa yang abstrak. hanya aku mampu memahami. siapa jia yun? apa yg cuba disampaikan disini? cantikkah jia yun? klise penulis kini menulis bahasa susah supaya orang kagum dan lebih mempunyai sifat estetika yang tinggi kononnya. bahasa begini hanya yang menghargai seni mampu faham kononnya.

berbalik kepada jia yun. aku harap kau faham jia yun. si gadis cina, jia yun.
:sambil dengar lagu mandy moore-cry.
#1
mereka semua umpama manusia-manusia besar dan matang yang tidak bersikap keanak-anakan sesuai dengan umur dan saiz badan mereka. cuma aku yang masih berasa seperti kanak-kanak diusia 21 tahun ini. bila aku tengok muka-muka mereka seusia aku di instageram dan di mana-mana laman sosial, aku rasa adakah mereka ini mempunyai pemikiran yang juga matang sematang raut wajah mereka? atau aku yang terlalu paranoid memiliki muka dan ketinggian saiz kanak-kanak lagi? terima kasih lagu, terima kasih cik instageram yang telah me'reveal'kan aku dengan dunia sebenar.

xmengapa,aku bersyukur. apa Tuhan bagi dah cukup. buat aku bersyukur sepatutnya. bukan merungut. sekurangnya dia masih memberi dan tidak mengambil apa yang telah diberikan.

:lagu kedua mandy moore lagi-walk me home
#2
lagu ni sedih sikit. bukan sedih sangat. cuma lebih berentak instrumental. aku cemburu. sungguh. cemburu melihat mereka yang lebih berkaliber. siapa xcemburu kan melihat kehidupan mereka yang xada susah, serba lengkap? apapun aku bersyukur lagi. dah banyak, terlalu banyak Tuhan memberi. masih lagi mahu merungut. sudah. jgn merungut lagi. ini merosak reputasi hati dan akal fikiran yang masih waras. cukup membandingkan diri sendiri dengan mereka. kehidupan kau sudah cukup jauh lebih baik dari si gelandangan tepian jalanan. bukan menghina, cuma merefleksi hati supaya tidak tamak dek harta dan kecantikan tawaran dunia.

#3:lullaby-hush little baby.
gudnite. even though its 12.57 pm menurut jam laptop. ^_^

she's the prom queen..top 5 in magazine!

walawehh. malam ni je dekat 3 entry aku tulis serentak. xpenah dibuat orang. tapi kesah apa aku? yang penting aku bahagia. aku xkacau orang pun kalau tulis sejuta entry sekalipun. ihiiii. kenapa tajuk entry macam tu? sebab lagu tu yang terngiang kat telinga dari tadi. so, akibat sebab musababnya jadilah terus tajuk entry. jam sekarang dah pukul 1.52 am. menurut jam laptop lah kan. jiran bilik sebelah ni boleh memekak pulak menjerit macam org kena histeria sebab tengok cerita hantu lah kot. takpun cite saw. sbb aku dengar dah macam bunyi gergaji segala bagai keluar. tapi aku rasa dorang ni patut consider sikit kot kat jiran2 bilik sebelah yang lain. sebab bukan dorang  je yang ada kat blok ni. mungkin kalau kau buat macam ni time weekend orang xmarah sgt kot. xpun ko renovate bilik kau jadi soundproof punya bilik. baru lejen nak jerit2 bagai. even aku nak type entry ni pun usaha tekan aksara kat keyboard ni pelan2. takut ganggu cik rumet nak tidoq. tapi aku xdelah salahkan dorang menjerit. mungkin dorang xde kelas esok. tapi consider lah jiran kau. adoi. 

#mereka ini aku nampak gaya ada potensi masuk shout awards. dah kuat menjerit sangat.
#jkblurpppmerepek #kbye #nite

oii. kau bajet twitter instageram nak hashtag bagai? #okebyeee. ^_^

when.i. dont. know...

lengai. xnak ambek tahu. xnk involve. masalah kau masalah kau, masalah aku masalah aku. hahha. yang ni aku describe diri aku sendiri. masih baru dalam dunia mem'belog' ni. masih noob. masih tidak tahu apa. bukan xnak ambil tahu, cuma perasaan malas masih beraja dalam jiwa. acewahh. ayat kau. jgn tanya kenapa aku tidak ramai follower. bahkan sorang pun xde untuk blog ni. twitter aku. yg difollow lebih ramai dari yg memfollow. bukan niat aku buat semua bnda utk kepuasan org lain. aku menulis atas apa yg aku rasa. dan aku lebih selesa jika tidak ramai yg mengikut aku. bukan aku hidup untuk diikut. sebab aku tidak sempurna. aku selesa meluahkan perasaan atau menunjukkan karakter sebenar aku dalam belog ini. biar tiada follower, biar tiada siapa yg membaca. di facebook terlalu umum untuk meluahkan perasaan, nanti ada yang terasa. di twitter terlalu terhad aksaranya. di instagram hanya gambar yg berbicara.

Tuhan ada mendengar kata hati. cuma lebih puas jika diserakkan luahan hati di diari online ini. lagi sekali, jangan tanya kenapa aku tiada follower di blog ini. di twitter dan juga instageram. idea kau xperlu diikut oleh semua. xsemua perlu dengar kata hati kau. untuk diikut xperlu dipaksa, begitu juga yang mengikut. tiada paksaa. agak2 kau orang boleh faham apa yang aku tulis? dalam belog aku bercampur campur cara penulisan aku. ikut mood. setengah entry aku rasa ingin menggedik bajet blogger terkenal. setengah entry aku marah. teteapi, aku lebih terarah kepada meluahkan perasaan aku sendiri. 

ketidakpuasan hati aku tiada siapa yang tahu, cuma aku puas dengan cara begini. idea keluar tanpa dipaksa, tanpa dikarang. biar orang kata klise untuk aku menulis begini, tapi itu minat aku. siapa orang lain untuk menghalang aku dari berhenti menulis? lebih tepat, menaip. 

jadi, sampai sini idea aku. esok, jika ada, aku menulis lagi. atau dalam beberapa saat lagi. maaf jika ada diantara mereka yang melintasi bait-bait aksara dalam blog ini yang mencari-cari dimanakah destinasi percutian menyeronokkan dan bertaraf mewah, maaf ini bukan tempatnya. carilah di blog mereka yang terkenal. aku hanya penulis biasa meluah perasaan. :)

hey. tak puas hati? come n tell it straight to my face~

niat entry ni bukan nak marah. cuma nak meluahkan sedikit ketidakpuasan hati on something recently happened. tak tahulah nak cakap macam mana, tapi bukan senang jadi ketua. if u're up, then u'll know. senang org cakap kita tak buat kerja lah apalah, tapi aku pelik macam mana diaorang tahu yg kita xbuat kerja? or u've been free enough to jaga tepi kain orang? too many leisure time i guess. xtwlah orang macam ni mmg jenis yang selalu xpuas hati ke dengan orang lain. i can feel that my dear. kau nak cakap apa kau cakap depan2 muka aku. jangan kutuk belakang. kalau kau cakap elok-elok insyaallah aku boleh terima. maybe dengan teguran kau aku boleh improve mana yg kurang dekat diri aku. yelah, aku pun bukannya perfect. so any constructive views or advice or comments or whatsoever aku boleh terima. i need it. just aku xberapa nak boleh terima kalau cara kau tegur aku dengan sinis, nak perli2. cakap terus terang. xsusah n xda sapa nak terasa hati. 

but how could it possible for me to shut other people's mouth kan? alhamdulillah, Allah still gave me some strength and patience inside me. tolonglah kawan, if u have any dissatisfaction on me, then just come straight to me. i wont get mad for no reasons. please be more mature and proffesional in dealing with other people regarding work stuff. aku xkesah kalau kau nak kutuk aku belakang2 sebab benda lain. but when it comes to work, i am professional and i want people to be professional to with me. that's all. simple kan? xsusah pun. 

God has created a mouth for u. then, speak. say it. say what u want to say. haa. jgn sampai aku quote shakespeare punya line kat sini. ehee. ntahlah, bila aku marah orang kata aku emo. kalau xmarah, org pijak kepala. xtwlah wahai kawan2 kesayangan sekalian

aku pun ada tahap sabar. tapi padalah wehh korang2 semua. bukan semua benda aku mampu sabar. aku bukan nabi. yang maksum. sabar aku ada batas. kalau aku meletup, aku rasa semua orang lari xnk kawan dgn aku dah mungkin. eh, buat conclusion sendiri pulak. papepun, aku doakan yang terbaik untuk korang semua kawan. n hope korang pun doakan aku sekali. 

Wednesday, 16 April 2014

new chapterioss!

hey there. its been like i've not updated this blog since a very long time ago. dah lama xhapdet dah speaking omputih terus. tetiba harini semangat pulak nak update blog ni. xtw nak cakap apa. just came across this saying whihc is 'takut buat kau lebih kuat'. hurm, quote ni seems interesting. bukan apa. betul jugak. terlalu banyak takut will make u become stronger sebab at one point kau sendiri akan rasa muak untuk jadi terlalu takut. yelah. sampai bila nak jadi takut kan. sometimes we must stand a little taller for our ownself. :)

act, harini ada event besar at my place. so, sebenarnya dah kena bersiap ni. tp sempat lagi nk berfalsafah kan. siap bulih dok hapdet belog lagi. okelah, nak siap comel2. n let the event starts. jyeahh! okebye. ^_^