:sambil dengar lagu mandy moore-cry.
#1
mereka semua umpama manusia-manusia besar dan matang yang tidak bersikap keanak-anakan sesuai dengan umur dan saiz badan mereka. cuma aku yang masih berasa seperti kanak-kanak diusia 21 tahun ini. bila aku tengok muka-muka mereka seusia aku di instageram dan di mana-mana laman sosial, aku rasa adakah mereka ini mempunyai pemikiran yang juga matang sematang raut wajah mereka? atau aku yang terlalu paranoid memiliki muka dan ketinggian saiz kanak-kanak lagi? terima kasih lagu, terima kasih cik instageram yang telah me'reveal'kan aku dengan dunia sebenar.
xmengapa,aku bersyukur. apa Tuhan bagi dah cukup. buat aku bersyukur sepatutnya. bukan merungut. sekurangnya dia masih memberi dan tidak mengambil apa yang telah diberikan.
:lagu kedua mandy moore lagi-walk me home
#2
lagu ni sedih sikit. bukan sedih sangat. cuma lebih berentak instrumental. aku cemburu. sungguh. cemburu melihat mereka yang lebih berkaliber. siapa xcemburu kan melihat kehidupan mereka yang xada susah, serba lengkap? apapun aku bersyukur lagi. dah banyak, terlalu banyak Tuhan memberi. masih lagi mahu merungut. sudah. jgn merungut lagi. ini merosak reputasi hati dan akal fikiran yang masih waras. cukup membandingkan diri sendiri dengan mereka. kehidupan kau sudah cukup jauh lebih baik dari si gelandangan tepian jalanan. bukan menghina, cuma merefleksi hati supaya tidak tamak dek harta dan kecantikan tawaran dunia.
#3:lullaby-hush little baby.
gudnite. even though its 12.57 pm menurut jam laptop. ^_^
No comments:
Post a Comment