Wednesday, 18 June 2014

kisah cinta chaq part 1

Aku xtaw nak describe macam mana. Perasaan aku sekarang. Berbunga bunga. Macam orang first time jatuh cinta. Ahaaaa. Gila lah kau. Ayat jiwang siot! Tapi siyes aku xtipu nok. Aku mmg rasa angau gila dah ni. Mmglah penah je sebelum ni ada org ckp cmtu kat aku. Tapi xtw apsal bila ‘dia’ ni ckp, aku rasa mcm kena karen letrik tuh. Muka aku otomatik panas gila! Oh em jii. Chaq, ko dah kenapa haahhhh? Ada jugak kekadang aku rasa mcm biar betik apa yg aku rasa skrg. Ko ckp cmtu kat aku? Woii. Ini serius gila! Kau ckp cmtu cukup buat aku kenyang lima belas hari. Aku xtw kenapa. Sejak akhir-akhir ni aku suka pulak dgn nombor lima belas tuh. 3 suku kata perkataan yg buat aku terapung macam dok kata awan. Awan kesembilan. Bahasa penjajah dia cloud 9. Sejam mulut aku kejang x berenti senyum. Sbb aku rasa bnda ni terlalu extreme utk aku hadam secara tiba-tiba.

Truuuut. Apa tu? Bunyi msg masuk lahh. Ntahpehape je aku ni. Sapa pulak hantar msg tengah aku berangan ala-ala kajol main tarik-tarik selendang dengan shah rukh khan ni? Mr. P. oh em jiii. Tetiba aku rasa macam ada semut kat kaki.

Chaq, aku tgk ko dah mcm pompuan sawan dah hah. Udah ape kenenya kamu ni chaq oii? Kot ye pun angau, mcmlah ni first time kamu tu bercinta. Agaknya sebelum ni xberapa kick kot angau dia. Ni sampai tahap dewa dah angau  aku ni rasanya. Belum sampai part mulut nk buih2 je.

Lima belas minit aku amek masa nk reply msg Mr.P. tengok, lima belas lagi. Sampai setakat ni, aku xtw lah org paham ke x apa yg aku tulis ni. Aku pun reply lah apa yg aku rasa patut, logik dan realistik. Dengan harapan tu adalah jawapan yg terbaik pernah aku karang utk dia. Mr.P accept jwpn aku. Aku berdiri penuh bangga. Tapi, terhantuk. Sbb dlm kereta. Baru aku sedar bumbung kereta tu xberapa nak tinggi. Aku suruh adik aku cubit gigi aku. Nak taw aku ni dalam keadaan sedar atau dibawah sedar. Ngilu jugak rasanya. Nampaknya ini realiti. Betul punya.

Keadaan aku dgn Mr.P masih sweet dan manis sehingga ke hari ini. Tak tahu esok lusa ada ujian pula. Tebu pun boleh jadi pahit bila busuk. Aku malas nk berfalsafah. Lagi-lagi pasal cinta. Sebab aku baru. Baru kenal cinta matang yang ada toleransi, positiviti, dan kerjasama. Pahamlah sendiri apa maksud aku. Xphm sudah. Tak banyak yang boleh aku cerita pasal ke’sweet’ tan aku dgn Mr.P. takut ke’sweet’ tan menjadi ke’swetanan’ pula akhirnya. Takut riak. Jgn bangga sgt. Org dah kawen pun boleh cerai. Aku xckp semua.

Aku dengar org cakaplah, orglah cakap. Kok beruk bercakap karang kau terjun bungee terus jawabnya. Orang tu kata awal-awal mmglah soo suwitt bagai. Kentut pun bau enchanteur. Haa, yg ni aku xsokong. Eh, apa enchanteur pulak, bagi aku kentut bau kentut lah. Tetap bau tahi. Lagi-lagi kentut kepam. Baunya, mau meninggal Pak David hujung kampung nun. Meniiiipu je keje. Cukup pasal kentut. Adatlah benda awal-awal mmg lah syok. Kau beli spenda baru (bahasa melayu dia seluar dalam) pun lima hari kau xmau tukar kalo boleh. Lepas sebulan, lagi-lagi kalau kau kentut bunyi cirit dalam spenda tu, tak ke rabak spenda tu? Maaf kalau bahasa aku kasar. Tapi, tu contoh hakiki aku bagi.

Yang penting, cara kau jaga hubungan kapal korang elok2. Hubungan kapal? Bahasa ibunda dia ‘relationship’. Gila, aku dah macam pakar cinta. Ni bukan bidang aku, sbb aku newbie. Haktuihhh. Newbie tengkorak hang lah chaq!

Papepun, aku doa kat diri aku sendiri semoga aku sukses hubungan aku ini kali. Aku doa kat tuhan, mintak jodoh aku dgn Mr.P sampai syurga. Walawehh! Apa? Oke, Aminn!!
Adios madios badios!


#mood: terlebih hahahahapppppy~ ni kononnya love <3

Monday, 16 June 2014

nafsu. tamak. kehendak. keperluan.

pagi td. jam 7.45 am. matahari dah terpacak terik atas kepala. semakin panas suhu bumi. pokok minta disiram. manusia semakin meggelejat kepanasan. ketidakselesaan yang terasa seperti berumah di tepi ketuhar. tiada lagi hijau. hanya terlihat daun2 kering berguguran atas bumi. suis penghawa dingin giat dicari. ditekan. dikerah untuk mengeluarkan hawa dingin untuk menyejukkan jasad jasad yang kepanasan.

walhal dalam kepanasan ini, masih ada manusia yang menebang pokok di hutan. membakar di sana sini. habis habitat haiwan dimusnahkan. nahh. sekarang kau rasakan akibat perbuatan kau wahai manusia. aku tidak terkecuali. aku juga manusia. yang tamak. yang bongkak. tiada kesedaran.

dahulu, selimut menjadi perkara wajib sebelum masuk tidur di malam hari. sekarang, bukan setakat selimut, malah seluar  dan baju juga dicampak ketepi. tidak tahan dengan haba panas yang melanda bumi. bumi masih belum sejuk. bumi masih marah dengan tindakan manusia. lalu dia membenarkan matahari membalas dendam kepada perosak. tidak lagi menghalang cahaya dengan awan.

rasalah wahai umat manusia. ini baru panas melanda dunia. di mana matahari berada berjuta-juta kilometer dari kepala. sedangkan di Mahsyar, disaat ketika semua manusia dibangkitkan. matahari terik berada hanya sejengkal dari kepala. apa kau masih mahu mencari punat penghawa dingin ketika itu? sudah terlambat sayang. carilah payung berlindung di Mahsyar nanti dengan melakukan amal kebajikan di dunia ini. taatlah kepada Dia yang satu. dengarlah suruhanNya, taatlah perintahNya. nescaya Dia melindungimu. 

Saturday, 14 June 2014

cermin

11.50 pm
kau pakai spek? kau ada tingkap kat rumah?  kau ada cermin?
molek rasanya jika sebelum kau tengok apa2 melalui benda2 transperen kat atas ni, kau cuci lap bersih2 dulu. sebabnya, aku xnk kau suka2 hati nak judge org itu ini yg ni salah yg tu salah sebab kau xcuci spek, tingkap, cermin kau.
"woi. henset ni dah kenapa???" nampak? contoh terbaik. xde kena mengena sebenarnya.
jap. aku nak iron baju. satgi aku sambung type balik. xde idea nii sebenarnya. wuhhh. ==' lap peluh. 

1.05 am
oke. entry ni amek masa dekat sejam dari masa aku berenti iron baju td sampai sekarang aku start balik.
tadi sementara iron baju, dengar lagu tepi sikit, sleeq n joe flizzow. aku suka lagu tu. bukan setakat muzik dia nest, lirik dia tu yang paling terbaik. kdg2 setengah lagu ni kemain lagi muzik macam gempak. tapi lirik ntah pehape. xde maksud. balik2 ulang perkataan yang sama.
oke. ckp pasal cermin. apa kaitan lirik lagu ni dengan cermin? apa yg aku cuba nk sampaikan sebenarnya? "ku sudah kata kalau hidung tingi xlihat apa dibawah" ni one of their lyric. konsep dia sama je dengan pendapat aku. maksudnya berlagak. adik beradik sombong. sepupu dengan ego. mak sedara degil. kenapa aku kata cmtu? yelah. kalau kau xlap cermin kau, kau nampak semua yang kat luar tu semua kotor. semua berhabuk, berdebu. semua salah. xde yg betul. tapi kau pernah try check sebenarnya cermin kau yang kotor. ego lah tu kan?

okelah. idea kering dah ditelan gelap malam. oke. ayat xleh blah langsung. nite peeps! adios!

Friday, 13 June 2014

before sleeeeeeep!

layan pulak dengar gary moore punya lagu ni. dia punya layan tu sampai rasa mcm nk tido. skrg layan goo goo dolls. lagi nak tido. haihh, nguap dah macam singa dah ni. aku ni bila takde depan laptop, idea dtg mencurah curah ke ladang gandum. tapi bila terbentang blog ni depan aku, terus idea lesap kemana ntah. however, still nak post jugak satu entry mlm ni. before sleeeep. tehee!

btw, tadi tengok rancangan ust. kazim kat astro oasis. apa tu. kalau dah jodoh eh? yelah kot. aku xfokus sgt. tapi tetiba telinga aku tangkap dia ckp "sesuatu yang Allah hilangkan itu akan diganti dengan yang lebih baik". bagi aku, this means a lot of thing. betul. it happens. kadang-kadang kita rasa macam kita hilang semuanya. but believe in Him yang Dia dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita hamba. 

bagi aku, macam org yg breakup. don't despair frust menonggeng sampai putus urat kentut. mmg kita rasa yang he's the one. he's the most right person in the world for me. tapi percayalah, kalau Dia kata bukan jodoh kita buat camna sekalipun dia tetap bukan jodoh kita.org kata apa? jika jodoh, larilah sejauh mana, dia tetap jodoh kita. jika bukan, genggamlah seerat mana pun, dia pasti pergi. walawehhh ayat aku. eh bukan ayat aku, aku quote je. huh =='

ni aku xtuju kat sesapa. its general. in fact aku sendiri pernah experience bnda yang sama. tapi kan. kenapa tetiba aku ckp pasal jodoh ni? cam xde topik lain pulak. ahaaaa. xpelah. papepun cikgu aku masa aku form 5 dulu penah ckp we should start praying for our jodoh. mintak ditemukan jodoh yang sesuai. ko jgn main serkap jarang ke xjarang je bab nk cari pasangan ni. silap cari krg....xtwlah nk ckp.haaa, lagi satu, tuhan tu dia xkn temukan kita dgn jodoh yang salah. yelah. perempuan yang baik akan dapat lelaki yang baik n vice versa. 

tapi pelik. dlm umur2 gini sibuk fikir pasal kawen. pasal jodoh. psl pasangan. pasal alam perkahwinan. baguslah. benda elok kan. bnda yang dituntut dalam agama. tapi, as a Muslim, kita ada urusan yang lebih penting selain memikirkan soal kawen je. mati. mati tu pasti. dah prepare? so, kalau kita ingat memanjang pasal kawen, ingat jugak pasal mati. oke. tetiba lapar laksa. adoii, kelaut betul entry ni malam ni. campur aduk ntah apa2. okelah. slmt mlm. adios!

rezeki tuhan~

bila cakap pasal rezeki, dia tak semestinya kena datang sedebuk depan kita. kadang-kadang rezeki tu datang melalui orang lain. banyak cara tuhan nak bagi rezeki kat kita ni. kita je yang xsedar. sebab tu bila datangnya ujian musibah dugaan semua jangan cepat mengeluh. ada rahmat satu2 ujian tu.

contoh. jiran sebelah parents dia xde. tinggal dia dengan adik-adik je kat rumah. dorang kelaparan n tetiba hati kita ni tergerak nak share sikit makanan kita ada termasak lebih kat rumah kan. tu kira rezeki jiran kita. mungkin tuhan xbagi sedebuk makanan ada atas meja dapur dia. tapi tuhan jentik sikit hati kita untuk bantu jiran kita tu. so, jangan cepat salahkan tuhan kalau tetiba dia bagi satu ujian or masalah kat kita.

so, manusia. kita kena selalu tabah n kuat. apapun ujian yang dia bagi, hadapi dengan tenang. kita ada doa. senjata mukmin tu doa. kita ada tuhan. Dia sentiasa ada bantu kita. Dia xbagi ujian tu kalau hamba Dia xmampu. so, apapun, turn back to God.

adios!

Wednesday, 11 June 2014

jangan hilang

di mata sesiapapun, kau jangan hilang
jangan pergi
kelak aku merasa gundah
gelisah atas kepergian kau

kau jangan hilang
kelak tulisan ini tidak lagi bermakna
sebagaimana ketiadaan jiwa aku dalam jasad
aku lemah. masih gila memikirkan
kemana kau.
apa terjadi?apa kau sakit? apa kau kusut?
apa kau punya masalah?
cerita. aku sedia mendengar disini.
yang penting kau jangan hilang
dari aku

mungkin aku lupa.
lupa pada Dia.
lalu Dia hilangkan kau. yang hanya
pinjaman. kepada aku.

aku mohon kau disini
kita jauh. terlalu jauh. 
tolong jangan hilang
tanpa khabar. tanpa berita. aku kusut
mahunya aku menempah tiket pesawat segera menemuimu
biar aku beli masa. 
yang penting kau jangan hilang

jika aku salah, khabarkan.
apa kau marah? apa kau rimas?
apa kau punya masalah?
kau jangan hilang. kelak aku mula paranoid
mula memikirkan perkara tidak rasional
tolong, jangan hilang
risaunya aku seperti ibu kehilangan anak
isteri kehilangan suami
nenek hilang cucu

tolong beritahu
tolong jangan hilang
aku disini, masih ada, selalu ada
jangan hilang.

:'(

she's awesome

know what? she's way too awesome for me. but awesomeness does not really have to come with great body n beautiful face. i suggest that awesome attitude of u have just make me attracted n wanna know more about u. her understanding makes me just can't leave her. btw, she's my best friend. she listens to my sadness, problems and my happy time. she's always there. she comforts me when i'm in despair. am sort of paranoid some of the time. but, with her patience, she keep me calm for the rest of the day. i miss her. 

hey friend, please be by my side. always. though u don't seem to be fashionable, but u're big kind heart have saved a lot of people. is there any link to it? nahh, nvm. don't really take that into account. its almost two and i'm still thinking of ya. goodnight mate. shall see ya next day. xoxo~

haaaaa. siap pun a very3 short essay ni. ntahpe hape ntah aku merepek. hahahaaaaa. nite peeps!

super ring pun dah harga 2 ringgit

agak terkejut bila pergi kedai nak beli super ring hajatnya. sebab adik nak kan. so gagah lah ke kedai. alang2 boleh menopap sekali. sampai kedai terus capai super ring sebungkus n pegi cashier nak bayar. xtgk harga pun. nasib bwk duit cukup2. uncle tu kata "2 ringgit dik". oh em ji. tetiba rasa mcm kening aku bercantum. amboi. hiperbola sgt. hajat hati kalo rege setakat singgit empat ke boleh jugak aku capai gula2 getah ke, cekelat bola ke sebiji dua utk cukupkan dua ringgit yang aku bawak tu. bukan apa. aku kan budak sekolah lagi. duit doposen masuk toilet pun mak aku yang tanggung. so, untuk sebungkus super ring yang isinya xberapa nak penuh waima hanya penuh dengan angin vakum tu pun berharga rm2 mcm xberapa nk berbaloi. tp dah adik nak kn, beli jelah. boleh aku tumpang dua kaki.
mungkin untuk orang yang hartanya lebih banyak dari tuan haji sidek sigaraga mungkin xberapa nak make fuss pasal benda ni. baca betul2. aku tulis 'mungkin'. bukan bermaksud aku terus assume mereka begitu. tetapi, bagi orang taraf sederhana hidupnya macam aku ni,yang hingusan, masih belum mempunyai pendapatan tetap, berak pun masih mak tunggu depan pintu jamban. erkk. oke, yang tu melampau. bagi aku harga tu mungkin boleh dikurangkan sikit lagi. erm erm.
tapi cuba kita tengok dari sisi baiknya pulak. yelah, aku jenis kalau nak hentam satu benda tu, aku xhentam semua buruk. aku tgk jugak kebaikan yang ada pada satu2 benda tu. mcm tu jugak dgn manusia. kalau aku benci, bukan makna aku benci keseluruhan or tu. ada part dia je yang aku suka, cthnya, attitude. base melayu dia perangai. kalau aku xsuka perangai dia, aku just xsuka perangai je. bukan aku nak benci dia tu satu orang. eh, oke. back to bussiness. merapu sgt dah.
kebaikannya bila harga dia mahal. so, dgn kenaikan harga keropok super ring ini, maka bahawasannya bebudak yang suka dgn keropok ini xbkemampuan nak beli. yelah, kot sehari belanja g sekolah mak bg rm2 je. singgit sekolah pagi, singgit sekolah petang. ehh. relevan lagi ke jumlah tu sbgai belanja? aku rasa paling sikit abad ni parents konfem bg rm4. yelah. aku penah dengar adik aku ckp kawan dia pegi sekolah pagi saja pak dia bagi rm5. tu baru sekolah pagi je. sekolah ptg belanja lain. ohh, mewah bebudak ni. tp konklusinya baguslah harga dia mahal. aku pun xdelah jadi bernafsu sgt nak beli. setakat kalau nak buat mkn dalam bas buat alas perut balik ipoh dari penang baik aku beli keropok ikan yang memang sebungkus penuh tu even harga rm2 pun. eheee. papepun, yg atas tolong consider yg bawah. yg atas makan isi, yg bawah mkn tulang je. eh. aku ni sampai tahap nak beli megi sebungkus yg harga rm4 tu pun dekat 15 kali aku pikir. tu belum aku pusing tesco tu dekat 8 kali pikir nak beli ke x megi tuh. last2 aku balik xbeli megi.

lagi sekali, semua yg aku type ni just pendapat aku je. adios!

Saturday, 7 June 2014

se.ta.di vs st.ea.dy

smlm baru balik menjelajah pantai timur. from pahang to terengganu to kelantan. ^_^ otw balik ke ipoh, ternampak sebuah mrsm ni. tetiba ter'throwback' ke zaman sekolah dolu2 kala. bila fikir balik, dah tiga tahun aku habis sekolah. tapi bila ingat balik zaman kanak-kanak dulu, lebih kurang masa form 3 lah. lepas pmr kan. masing-masing sibuk target A banyak-banyak sebab nak masuk mrsm sbp n lain2 lah sekolah hebat2. kisas, ssp dan macam2 lagilah nama gelaran yg dorang bg kat sekolah2 ni. aku? xde target pun nak masuk situ sini. sbb aku rasa sekolah aku sendiri dah ohsemm even though kekadang aku rasa nak lari sejuta km dari situ. sebab aku dari dulu macam tak ngam dengan peraturan2 bagai. sekolah tu punya peraturan kekadang merepek n langsung xmasuk akal hebat aku ni. tapi beselah tu kan. konon jiwa remaja nak memberontak bagai. oke, stop. dah merepek. back to bussiness.
ni just aku nak habaq mai pendapat aku. biar sekolah mana pun ko pegi, yg penting attitude. kalau kau balik dari hogwarts sekalipun, tapi kalau attitude kau macam gampang, sekuman pun aku xrespek. boleh tara tu? ahaaa.
bukan aku nak kata budak sekolah hebat2 ni xde attitude, cuma sesetengah je. kadang-kadang ada jugak aku jumpa orang background sekolah sekian2, gah bila sebut nama sekolah. tapi perangai....rasa mahu bagi kaki.attitude kelaut. aku xdelah masuk sekolah hebat2, tapi aku rasa last2 aku jadi orang jugak sekarang. yelah, xkn jadi beruk. maksud aku akal aku ni setaraf orang lah jugak. sebenarnya banyak yang aku nak komen tulis kat sini. tapi tetiba idea tu hilang.

yg penting aku nk gtw, xkesahlah kau duduk sekolah mana pun, tapi ingat semua mula dari diri sendiri. bukan sekolah yang tentukan kehebatan kau. adios!