Saturday, 17 May 2014

rintihan hamba

Allah. amalanku masih tidak sempurna. 
masih leka dengan nikmat dunia. yang hanya sementara. 
hari perhitungan kian tiba. sementara aku masih lagi leka. 
diulit dunia. 
risau jika tidak berjaya, tiada kerjaya. 
sedangkan masih mengendahkan pahala yang diberi percuma. 
pintu taubat masih terbuka. sedang aku masih leka.

Allah. aku hamba yang hina.
hatiku terluka. mendengar berita. kiamat bakal tiba. entah bila.
sedang amalan masih tidak sempurna. diri ini tidak layak disyurga. 
namun, tidak mahu menjejak ke neraka. takut kian menjelma.
risau di hati kian terasa. tentang amalan yang masih satu per lima.

Allah, kecut jiwaku. senak dadaku. menggigil badanku
membaca tentang kebesaranMu, kekuasaanMu.
sedang aku masih terkaku. tidak tahu hala tuju. sempatkah taubatku?
setinggi gunung dosaku. mampukah aku ya Allah?

Allahu Rabbi. Tuhan Pentadbir Sekalian Alam. 
air mata hampir menitis gugur jatuh ke tanah.
namun aku masih leka. kian leka.
taubat tidak pernah sempurna. dosa diulangi.
Allah, kuatkan hati. Menegakkan agamaMu.
meninggikan ad-deen. 
tatkala ini, dahi rebah sujud di tikar sejadah. 
air mata gugur mengingatkan kekuasaanMu.
aku tidak mahu ke neraka Ya Allah. aku tidak mahu.


Allah. bantulah hambaMu. berilah hidayah kepada ummat.
tidaklah kami berkuasa mentadbir urus diri sendiri.

Engkau yang Maha Pengasih dan Penyanyang
Yang Menguasai hari pembalasan
hanyalah kepadaMu kami berserah 
dan padaMu kami mohon pertolongan
tunjukkanlah kami kejalan yang lurus
jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
hanyalah kepadaMu kami menyembah
dan padaMu kami mohon pertolongan. 

Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment