Saturday, 24 May 2014

tak perlu sehebat Jepun ;)

"when u love someone, u sacrifice". eh eh. nyanyi pulak. haha. terbuai dengar lagu bryan adam ni. ni nak habaq mai sikit. adalah seorang hamba tuhan ni, selalu dok promote pasal Jepun. negara matahari terbit tu. bukan apa. xkata salah. kagum jugak tengok negara orang ni. boleh banding dengan negara sendiri ye dak? alkisahnya beliau ni baru balik dari melawat negara matahari tersebut. lalu kemudian beliau menceritakan pengalaman beliau berada di negara tersebut kepada kami. ahaaaa. xboleh ayu lagi bahasa aku? oke. straight from my heart. oh em ji. lagu lagi, oke2. fokus2. macam ni ceghitanya....

#1: "kat Jepun, orang2 nya sangat berdisiplin. disiplin mereka sangat tinggi.xdelah gaduh2 macam kat 'sini'."
menurut perkara satu ini, xdinafikan mereka memang sangat berdisiplin tinggi. hormat orang xpyh ckplah. bukan setakat 90 darjah dorang punya tunduk. kalau boleh nak sampai sujud lantai terus,ihiii. jangan marah ye. agaknya 'beliau' ni xpernah tengok cerita yakuza kot. tapi xpelah. memang dorang berdisiplin.

#2: "dorang punya sistem kat sana tip-top. nak apa semua ada. servis cepat. sampai aiskrim pun ada mesin. masuk duit, pilih aiskrim. tu je. effisien sangat."
menurut perkara dua, xperlu kot nak banding dengan negara ni. mesin air pun kadang-kadang telan duit aku, air xkeluar jugak. maaf, tapi ni realiti. =='

#3: "tahap kebersihan dorang ni memang terbaik. tandas pun setiap 5 minit ada pekerja datang bersihkan. sampai tahap tempat gulung tisu tu pun dorang lap."
oke. perkara tiga ni aku setuju. kalau nak banding dengan sesetengah public toilet yang ada kat sini, aku rasa jawapannya lebih kepada bunyi cengkerik yang xjumpa jalan balik rumah kot. mungkin lebih rasa berbaloi masuk tandas berbayar kat Jepun daripada masuk tandas berbayar kat sini. 

#4: "public transport dorang on-time. kalau kata 8.03 minit, 8.03 minit lah dia sampai. kalau terlambat dalam 1-2 minit, dia akan minta maaf sepanjang perjalanan tu. and dia akan tolong estimatekan berapa lama masa yg kena tanggung disebabkan oleh seminit dua yang dia lambat tu"
oh em ji, yang ni aku amazed. yg ni memang aku tabik kat dorang. bab masa, aku memang respek Jepun punya sistem. sangat tepat masa. aku rasa kalau aku dok Jepun, aku memang xpakai kereta. aku rela naik public transport dorang. nak banding kat sini, erm.........malas nak cakap. heeeee.

tapi papepun, konklusinya...hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. emas ke batu ke, yang penting aku syukur dok kat sini. xde hal. selagi boleh hidup aman and xde orang kacau, dah cukup bersyukur. syukur alhamdulillah. biasalah kalau nak kata xpuas hati tu, semua negara ada masalah sendiri. kita je yang xtaw. oke. tu je. 

p/s: semua entry yang dah tulis dalam blog ni just pandangan, opinion aku je. xde kena mengena yang hidup ke mati ke, nak hentam or nak banned orang tu xde. so, ni suka2 je. masehhh. :)

open ur heart, mind and soul. <3 love3.

No comments:

Post a Comment