Sunday, 4 May 2014

love perla coffee damn much! ^_^

harini rasa hormon gedik terlebih sikit. so, nak buat review perla coffee. perla coffee. kenapa aku suka? sebab aku suka kopi. tapi perla coffee ni rasa vanila. yeke? maksudnya lebih kurang cmtulah. xde kafein yg syiok dengar tu. so, ko minum 15 jag pun xpening. xtwlah orang lain rasa cmna. tp aku rasa cmtu lah. yelah. lidah aku xsama dgn orang lain. oke, cukup merepek.

menurut kandungan dalam kotak tu...dia kata perla coffee ni boleh putihkan kulit. bukan setakat putih, boleh jadikan kulit anda dan anda anda semua gebu gebas. lebih kurang cmtulah. dalam kopi ni ada kandungan glutathione lagi apa bnda ntah. tp so far okelah bahan2 dia. meyakinkan. haaa. lagi satu astaxanthin tuh. bahan pemutih jugaklah kot rasanya.

tapi yg tu xpenting, aku rasa kalau produk tu diluluskan kira okelah n selamat bahan dia. tp ni pandangan aku je. kalau xselamat kita stoplah minum. tp setakat ni dgn badan aku ok. aku xegt berapa lama, tapi masuk ni dah 3 kotak aku minum perla. satu kotak ada 20 sachet. kalau 3 kotak maknanya dah 60 sachet aku minum. satu hari aku minum satu sachet. tapi aku jenis xminum air masak sangat. aku byk minum air manis. padahal, bnda cmni kalo minum mesti mau minum air masak bebanyak. awal2 aku minum perla, konon disiplin lah. minum air pun habis banyak aku minum dalam sejag. tu jelah paling kuat aku leh minum air masak. kdg2 sebotol mineral 500 ml tu pun aku xhabis minum.


tp hasilnya mmg puas hati. masuk kotak kedua aku minum tu, aku perasan muka aku xnaik jerawat sgt. kalau naik sebijik, cepat kecut. tp dgn syarat tgn, jari, kuku xmerayap kat muka lah. parut tu lambat lah sikit. tp kurang tu adalah. muka pun nmpk comel sikit dari sebelum ni. sunburn pun boleh tahan jugaklah hilang dia. tapi still ada. mula2 aku xperasan pun ada berubah muka. yelah, hari2 tengok muka sendiri kan. balik hostel, roomate tegur muka dah elok sikit. aku gi depan cermin. aku ckp manede elok. biasa je. then dia kata serius muka dah elok sikit. jerawat dah xnmpk. lepas tu kembang kuncup lah aku depan ceghemin sorang2. pening jugak 20 saat nak hadam apa roomate ckp tu. oke, cukup merepek lagi.

nak tunjuk gambar, tapi malas. pegi jelah gugel muka testimoni yg org buat belambak lambak kat tenet tu. lps tu dah elok dgn perla ni, aku gatal gi try k-colly. konon nk muka putih cm org korea. terpengaruh berangan nak jadi fathia konon. phuii. sekali amek k-colly punya pasal habis muka naik balik jerawat. banyak pulak tu. tulah. gatai sgt. tamak habola nak cantik kan. derhaka tu. haaa, kan dah teruk balik muka.bukan nk ckp k-colly tu xelok, just xsesuai dgn bdn aku jelah kot. tp sekarang balik semula dgn perla. n muka comei balik. aku akan setia dgn kau perla sampai bebila pun. skrg, mak aku sekali harung dgn makcik2 aku terpengaruh nk minum perla jugak sbb tengok muka aku. tp xdelah gaya nora danish pun muka aku. cuma elok sikit je dr sebelum ni. tu je. aku xtwlah apa yg dorang terpengaruh sgt. haaha. tp bagus jugak. ada geng. kalo aku punya stok abeh boleh aku pau mak aku punya. eheee.

tu jelah nk cite, serius mmg best perla coffee ni. skrg, perla ada keluar perisa cekelat pulak. nmpk mcm sedap. tp aku prefer coffee lagi sbb aku peminat kopi. plus, yg kopi ni xberapa manis. sbb tu aku suka kot. manis bukan pilihan aku. tp air masak xpenah masuk dlm senarai minuman fevret aku. tp aku mula berjinak jinak dgn air mineral. apa beza? ntah. muahahah. air mineral sedap sikit kot. ntah, nilailah sendiri. nk cite karang, 15 page pun xcukup. okelah. tu je kot.

selamat petang n minum air masak bebanyak. :p


ohh, lagi satu minum air masak kena banyak. paling best 3 liter sehari. tu je point dia nk cantik. ngeeee! nah gambar satu. gambar perla jelah tapi. ehheeeee


No comments:

Post a Comment