Wednesday, 7 May 2014

maaf? semudah 1,2,3?

maaf? senang kan? dengan maaf, kau fikir hati terluka yang dah terkoyak rabak ni boleh kau ubat? boleh sembuh. cuba kau lalukan tangan atas parut luka. adakah struktur masih halus seperti di bahagian kulit yang lain? hati aku penuh dengan benang jahitan. crosstich itu sudah semestinya. jahit silang, jelujur? semua ada. bila hancur, makin dipijak. hati suci hancur berkecai. maruah dipijak sehingga remuk hancur. hancur. hancur. dan kau hanya berkata "maaf". hanya satu perkataan itu. 

kau bangang. kau bangsat. tapi, bila dah benci, itulah caci maki yang dikeluarkan. habis lupa segala kebaikan yang pernah kau buat, kau bagi pada aku. walau apa pun, kau dah pernah bahagiakan aku. kau sabar. aku teruk. selalu buat kau rasa terkongkong. kerana kau selalu menipu. kepercayaan hilang dan lenyap begitu sahaja. aku terpaksa. bukan sifatku begitu.

tiga tahun. hampir tiga tahun kita kenal. semalam, kita bertanya khabar, harini kita orang asing. totally strangers. aku senyum. ini jalan kita. bukan aku tidak usaha atau doa. mungkin terlalu banyak dosa kita. tuhan pisahkan. cuma aku rasakan perangai kau mmg macam sial. 

aku pun buta dulu. tapi sekarang aku celik. aku mula menilai manusia. terima kasih. kau curang. kau xmengaku. aku mahu kata kau bangsat. tapi semua dlm kepala otak aku. xterluah dek mulut. aku masih tahu adab. dalam minda, kau sudah aku tikam bertubi-tubi. tapi, aku masih keliru untuk memaafkan atau tidak. aku bukan nabi. tidak maksum. sabar aku masih ada batas. terima kasih kerana pernah membahagiakan dan pernah menghancurkan.

sayang
?

No comments:

Post a Comment